Friday, January 30, 2015

SELAMAT DATANG KE PUSAT KURSUS PERKAHWINAN IBU KOTA

KHAS BUAT BAKAL- BAKAL PESERTA PUSAT KURSUS PERKAHWINAN IBUKOTA

------------------------------------------




GROUND FLOOR: 
  • Bagi memudahkan pergerakan, kami sarankan agar anda menggunakan excalator atau lif di tingkat yang sama dan terus ke tingkat 3.
  • Pintu utama Pertama Kompleks akan dibuka seawal jam 10 pagi.



--------------------------------------------------





TINGKAT 3:

  • Pusat Kursus Perkahwinan kami berdepan dengan Restoran Permata.
------------------------------------------------------





Gambar di atas menunjukkan Pintu Masuk Utama Pertama Kompleks daripada Jalan Tuanku Abdul Rahman.




Berikut merupakan lif dari tingkat lower ground, jika datang dari tempat parking Pertama Kompleks. 


Lif di Tingkat Ground Floor yang datang daripada Medan Mara.




Menggunakan escalator sebagai jalan mudah untuk  anda cari dan terus ke tingkat  ke Tingkat 3...




Ini merupakan lorong untuk ke Pusat Kursus kami... Seperti di dalam peta di atas, kedai pertama yang anda akan lihat ialah SWISSLINE yang berdekatan dengan lif




Kedai 5.11..




Ini merupakan Restoran Permata yang terletak di hadapan Pusat Kursus Perkahwinan kami...





PUSAT KURSUS PERKAHWINAN IBUKOTA...




Dewan Pusat Kursus Perkahwinan Ibukota...


Jangan lupa temujanji anda bersama-sama dengan kami...

Hubungi kami di talian:

syakira : 0125550341
najwa : 0133208912

Thursday, January 29, 2015

BERITA TERKINI MENGENAI PUSAT KURSUS PERKAHWINAN IBUKOTA

ASSALAMUALAIKUM, PELANGAN YANG DIHORMATI.
MULAI 1 FEBRUARI 2015, YURAN KURSUS PRA - PERKAHWINAN DI SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR AKAN MENINGKAT KEPADA 

RM120.00 SEORANG


Selaras dengan peningkatan yuran kursus pra - perkahwinan ini, kami di Pusat Kursus Pra-Perkahwinan  akan meningkatkan kualiti perkhidmatan kami yang teristimewa seperti dibawah ini secara PERCUMA....
  • Khidmat bimbingan dan kaunseling sebelum dan selepas kursus bersama dengan kaunselor bertauliah
  • Memberi khidmat pemeriksaan kesihatan.
  • Menyediakan Studio Audio Visual Therapy untuk tangani stres
  • Santai di Cafe Terapi Minda untuk pre-view CD Musik Terapi yang mungkin bermanfaat kepada anda.
  • Parking. sila hubungi urusetia terlebih dahulu. 
Sebarang pertanyaan hubungi : (CALL/SMS sahaja)

012-5550341 - Syakira
013-3208912 - Najwa
012-3337283 - Hisham
010-5011209 - Cr. Hj. Zainuddin (Kaunselor Anda ).

Monday, January 26, 2015

Pusat Kursus Perkahwinan Teristimewa di Kuala Lumpur

KAMI TURUT MEMBINA JARINGAN UNTUK BEKAS PESERTA KURSUS PRA-PERKAHWINAN IBU KOTA (ALUMNI) MELALUI PROGRAM AKADEMI SINAR KELUARGA (P-ASK) KE ARAH KESEJAHTERAAN KELUARGA DAN MASYARAKAT MAMPAN

SASARAN: 

120 orang remaja berumur 18 - 30 tahun yang belum atau telah mempunyai calon pasangan . Peserta yang hampir ke gerbang perkahwinan dan tinggal di penempatan yang sama adalah satu kelebihan. Peserta yang belum mempunyai calon disediakan ruang berintraksi sosial yang terbimbing. 

TEMPOH PROGRAM: 

6 bulan hingga 1 tahun mengikut kesesuaian.

 *Semua program akan ditaja!! kecuali bayaran untuk Kursus Pra-Perkahwinan 

PESERTA PERLU MENGIKUTI AKTIVITI SEPERTI BERIKUT:-

  1. Menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan *
  2. Program kenali pasangan idaman 
  3. Saringan kesihatan *
  4. Penglibatan diri dengan aktiviti masayarakat
  5. Turut membantu mengawal  isu-isu sosial setempat
  6. Program bersama kanak-kanak pra-sekolah
  7. Kawalan diet *
  8. Menganjur / menyertai aktiviti sukan
  9. Mengikuti Program Bijak Tangani Stres *
  10. Program berhenti merokok / dadah *
  11. Kursus bimbingan pengurusan rumah tangga bagi perempuan *
  12. Kursus memupuk kepimpinan keluarga untuk lelaki *
SEMUA PESERTA PERLU MENGIKUTI 8 AKTIVITI DI ATAS MENGIKUT KATEGORI SEPERTI BERIKUT:-

Program Teras      : Perkara 1 - 6
Program Pilihan   : Perkara 7 - 12 (pilih 2 sahaja)

* Program yang akan dilaksanakan di Pusat Kursus Pra-
   Perkahwinan Ibukota

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-

Nursyakirah : 0125550341
Cr.Hj. Zainuddin 010-5011209 ( Kaunselor Anda )
Pejabat : 03 - 26926231



Friday, January 23, 2015

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI PUSAT KURSUS PERKAHWINAN IBUKOTA

KAMI MEMPUNYAI PENCERAMAH YANG BERTAULIAH INTRAKTIF, CERIA SEMASA BERKURSUS. KAMI JUGA MENYEDIAKAN  TEMPAT YANG TERHAD UNTUK KESELESAAN, SERTA TERAPI MUZIK, UNTUK PENGISIAN  SEMASA REHAT .

 PELBAGAI KEMUDAHAN UNTUK KEGUNAAN BAKAL PENGANTIN DI DALAM BANGUNAN DAN PERSEKITARANNYA..

Di Dalam Bangunan Pertama Kompleks:


Kompleks Pertama terkenal dengan jualan "handphone"nya banyak pilihan yang diperlohi. Terdapat juga jualan pelbagai jenis gadjet dari sekecil- kecilnya sehingga sebesar-besarnya.  
SSF pula menyediakan banyak barangan  
untuk keperluan majlis perkahwinan. 


Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa butik yang terkenal bagi memudahkan bakal-bakal pengantin untuk membuat tinjauan ..








Tidak bawa duit tidak ada masalah, terdapat beberapa ATM Machine bagi kemudahan untuk mengeluarkan duit... Bank BSN turut terdapat di dalam bangunan Pertama..




tidak ketinggalan deretan kedai2 kad kahwin.




Di Tingkat yang sama terdapat restoran yang akan menyediakan makanan buat peserta serta surau yang selesa...


Di Luar Bangunan Pertama Kompleks:



 Sudah menjadi kebiasaan, bakal-bakal pengantin akan mendapatkan perfume, set kecantikan, kasut, beg tangan dan pelbagai lagi di SOGO bagi tujuan membuat hantaran. Untuk makluman Pertama Kompleks hanya bersebelahan dengan SOGO.




Selain itu Pertama Kompleks ini berdekatan dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman atau dikenali Jalan TAR.Yang menjual pelbagai barang..Seperti kain pasang,tudung-tudung fesyen terkini,dan pelbagai lagi..



Kemudahan kenderaan awam :

LRT STAR
-Stesen Bandaraya-

stesen ini berhenti betul-betul di Sogo Mall..Jadi anda haruslah berjalan sikit menerusi Sogo..


Komuter (KTM)
-stesen Bank Negara-



mereka yang menaiki KTM ini kenalah berjalan sikit..Dan akan melalui Sogo Mall dahulu..Tapi jangan risau kerana Pertama Kompleks hanya sebelah Sogo sahaja.  

LRT RAPID
-stesen Masjid Jamek-
-stesen Dang Wangi-



bagi sesiapa yang menaiki LRT RADID ini haruslah berjalan sikit..kerana stesen ini berjauhan daripada Pertama Kompleks..Tapi tidak kisah bagi mereka yang sukakan pemandangan luar. 

BAS RAPID
NO :U1,U2,U2A,U5,U6,U8,U10,U23,U24,U25





BAS METRO
NO: 16,41,50



SJ BAS NO 43



Pesanan kepada pengguna bas..anda haruslah bertanya kepada pemandu terlebih dahulu untuk ke Pertama Kompleks. Bukan apa, takot nanti tersalah bas le..



Thursday, January 22, 2015

JADUAL KURSUS PERKAHWINAN IBU KOTA


DAPATKAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN ANDA!!



Ini Merupakan Contoh Sijil Dari JAWI Yang Boleh Anda Dapatkan Dengan Cara Menghadiri Sesi Kursus Pra-Perkahwinan Di PUSAT KURSUS PERKAHWINAN IBU KOTA...

STEP 1:

- Daftar untuk menghadiri sesi Kursus Pra-Perkahwinan. 

- Beralamat, Lot 3.9, Tingkat 3 Pertama Kompleks,
   Jalan Tuanku Abdul Rahman.

- Pendaftaran dibuka pada setiap hari Isnin - Sabtu


- Bawa bersama salinan kad pengenalan

- Lakukan pembayaran yuran berjumlah RM 80 sahaja



STEP 2:

- Hadiri Kursus Pra-Perkahwinan yang diadakan pada setiap hari 

   Sabtu & Ahad

- SABTU : 2.00 p.m. - 6.30 p.m.


- AHAD : 8.30 a.m. - 7.15 p.m.

- Syarat pemakaian LELAKI : Formal @ Kemeja T (berkolar)


- Syarat pemakaian PEREMPUAN : Baju Kurung & Bertudung

STEP 3: 

- Dapatkan Sijil Pada Hari Rabu, Jam 3 p.m. Keatas


Semudah ABC kan?? Insya Allah segalannya akan dipermudahkan. Peserta terawal merupakan pelangan istimewa kami dan akan mendapat layanan yang sewajarnya. 

PUSAT KURSUS PERKAHWINAN IBU KOTA

Dewan Kursus Ibukota
Pusat Kursus kami bertempat di: 

Lot 3.9, Tingkat 3, Pertama Kompleks,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.

Landmark : Bersebelahan dengan SOGO

Hubungi Kami Di:

Pejabat : 03-26926231
Cik Nursyakirah  : 012-5550341
En. Hisham          : 012-3337283
Cr. Hj. Zainuddin : 010 - 5011209 ( Kaunselor Anda )

Bayaran : RM80 seorang

SELAMAT DATANG KE PUSAT KURSUS PERKAHWINAN IBU KOTA


Assalamualaikum & Selamat Datang Ke Blog Pusat Kursus Perkahwinan Ibu Kota, dikendalikan sendiri oleh Pusat Perkahwinan Ibu Kota.

Sedikit Maklumat Yang Kami Ingin Kongsikan Berkenaan Dengan Pusat Kursus Perkahwinan Kami


Pusat Kursus Perkahwinan Ibu Kota Adalah:


1. Pusat kursus yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

2. Kursus diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad

3. Pendaftaran dibuka pada setiap hari Isnin-Sabtu

4. Sijil dikeluarkan oleh JAWI, tiada had tempoh dan sah untuk semua negeri di Malaysia 

5. Dikecualikan daripada temuduga

6. Makan dan minum serta fail diberi PERCUMA

7. Yuran serendah RM80 SAHAJA